Jumaat, 9 Oktober 2020

PERAYAAN DI MALAYSIA🌈🌏




 


PERAYAAN DISAMBUT PERPADUAN DIPUPUK

Setiap perayaan di Malaysia akan disambut dengan gembira. Sambutan ini juga turut dimeriahkan oleh kaum-kaum lain. Oleh itu, pada tahun 2020 kerajaan telah memutuskan sebanyak enam perayaan agama dan kepercayaan dijadikan sebagai perayaan utama rakyat Malaysia. Perayaan ini disambut di seluruh negara dan diraikan dengan mengadakan Rumah Terbuka Malaysia. Matlamat utama Rumah Terbuka Malaysia adalah untuk memupuk perpaduan dan mewujudkan suasana harmoni.



PERAYAAN UTAMA DI MALAYSIA

HARI RAYA AIDILFITRI

 


 

· Disambut oleh golongan masyarakat yang beragama Islam

· Disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah, setelah anak bulan dapat dilihat di penghujung bulan Ramadhan

· Amalan kunjung-mengunjung dan rumah terbuka merupakan amalan tradisi yang dapat mengeratkan hubungan sesama masyarakat yang berbilang bangsa

· Pelbagai juadah tradisional disediakan seperti ketupat, lemang, nasi himpit, rendang dan sebagainya.

· Selain itu, terdapat juga amalan tradisi yang lain seperti memberi duit raya kepada kanak-kanak dan bermaaf-maafan


TAHUN BARU CINA



· Perayaan ini disambut oleh masyarakat Cina

· Menandakan kedatangan Tahun Baru mengikut kalendar Cina dan terdapat 12 binatang yang menanungi kalendar mereka

· Pakaian tradisi mereka ialah cheongsam atau samfu

· Aktiviti Makan Besar juga diadakan pada malam Tahun Baru bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan

· Pemberian ‘angpao’ juga diberikan kepada keluarga dan sahabat yang belum berkahwin

· Kuih tradisional di Tahun Baru Cina ialah kuih bakul dan limau mandarin

· Tarian singa pula untuk mendapatkan keberkatan

· Manakala penutup bagi Tahun Baru Cina adalah perayaan Cap Goh Mei

 

HARI DEEPAVALI

     


· Disambut oleh masyarakat Hindu dan dirayakan pada bulan gelap Aippasi

· Amalan tradisi mereka ialah mandi dengan minyak sebagai tanda menyucikan tubuh

· Memasang pelita (vilakku) di hadapan rumah

· Melukis ‘ranggali’ di hadapan rumah dengan menggunakan beras

· Bersembahyang di kuil dan berkunjung ke rumah keluarga dengan membawa manisan


HARI GAWAI

 



· Disambut oleh peribumi di Sarawak terutama kaum Iban, Bidayuh dan Orang Ulu

· Merupakan hari menyambut tahun baru yang menandakan telah berakhirnya musim menuai padi dan bermulalah musim menanam padi yang baru

· Mengadakan upacara Ranyai sebagai tanda kesyukuran

· Memakai pakaian tradisional

· Menghidangkan makanan tradisional dan air tuak

· Mengadakan pertandingan seperti Kumang dan Keling iaitu pertandingan perempuan cantik & lelaki perkasa


 HARI KRISMAS



· Disambut oleh penganut agama Kristian pada 25 Disember setiap tahun

· Aktiviti yang sering dilakukan ialah menghias pokok krismas dengan lampu berwarna-warni

· Berkumpul bersama ahli keluarga dan saling bertukar hadiah

· Bersembahyang di gereja pada pagi Krismas


HARI TADAU KAAMATAN

 



· Disambut oleh kaum peribumi di Sabah terutamanya oleh kaum Kadazan Dusun

· Mengadakan upacara “magavau” yang memuja semangat padi iaitu “bambazon” sebagai tanda kesyukuran dan diadakan selepas selesai menuai padi

· Menyediakan makanan tradisional dan air tapai (kinomol)

· Mengadakan Tarian Sumazau dengan memakai pakaian tradisional dan pertandingan “Unduk Ngadau”

 

 TUJUAN PERAYAAN DISAMBUT DI MALAYSIA

 


1. Disambut untuk mengingati peristiwa-peristiwa tertentu

2. Perayaan yang dirayakan adalah mengikut pegangan agama yang dianuti

3. Mengekalkan tradisi perayaan yang disambut oleh masyarakat terdahulu


MEMBANDINGKAN AMALAN SAMBUTAN PERAYAAN DAHULU & KINI


DAHULU:



· Ucapan raya ditulis pada kad ataupun surat dan dihantar melalui sistem pos semasa perayaan Aidilfitri

· Aktiviti Makan Besar diadakan di rumah pada setiap Tahun Baru Cina

· Ranggali dihasilkan dengan menggunakan tepung semasa perayaan Deepavali

  

SEKARANG: 



· Ucapan dihantar melalui media sosial sewaktu Aidilfitri

· Kebanyakan Makan Besar diadakan di restoran semasa Tahun Baru Cina

· Ranngali dihasilkan dengan menggunakan beras atau hampas kelapa yang berwarna-warni sewaktu Deepavali

KEUNIKAN SAMBUTAN PERAYAAN DI MALAYSIA



· Setiap perayaan disambut oleh semua masyarakat tanpa mengira bangsa, budaya dan agama

· Mengamalkan tradisi pulang ke kampung sewaktu hari perayaan

· Memilih tema baju sedondon dalam kalangan ahli keluarga

· Menyediakan pelbagai juadah tradisional pada pagi perayaan

· Amalan kunjung-mengunjungi dan bermaaf-maafan Bersama ahli keluarga, sanak saudara serta sahabat handai


KEPENTINGAN SAMBUTAN PERAYAAN DALAM KELUARGA



· Menjalinkan hubungan yang erat dan mesra antara kalangan ahli keluarga

· Meningkatkan hubungan dan interaksi sesama ahli terutamanya pada ahli keluarga yang menetap di luar negeri kelahiran

.Mengenali peribadi ahli keluarga dengan lebih mendalam lagi


KEPENTINGAN MENGHORMATI KEPELBAGAIAN SAMBUTAN PERAYAAN



>Mewujudkan hubungan kemasyarakatan yang baik dan erat tanpa mengira kaum agama  dan budaya 


 > Tanda menghormati agama-agama lain yang wujud di negara kita


> Mencerminkan identiti sesebuah kaum tersebut



KEPENTINGAN MENGHARGAI WARISAN PERAYAAN



> Melambangkan keistimewaaan budaya yang unik kita sebagai sebahagian identiti negara

Menzahirkan semangat kekitaan dan mengeratkan silaturahim antara kaum

Mempamerkan sikap mesra dan keprihatinan masyarakat yang berbilang bangsa


KESIMPULAN 



Kepelbagaian kaum  akan mewujudkan  pelbagai jenis perayaan di negara kita

* kepelbagaian perayaan yang disambut dapat memupuk nilai-nilai murni dan saling         menghormati antara satu sama lain

Mengeratkan perpaduan antara kaum sangat penting kerana merupakan tunjang keamanan    negara







Tiada ulasan:

Catat Ulasan