Jumaat, 9 Oktober 2020

MARI BERPANTUN😍😍

 PANTUN LEBARAN

 

Satu syawal detik dinanti,

Tanda kemenangan sebulan berpuasa,

Saling berkunjung maaf-memaafi,

Semoga teguh budaya bangsa.


PANTUN SINAR DEEPAVALI

 

Pagi Deepavali meminta restu,

Mandi minyak amalan tradisi,

Di laman rumah kolam bersatu,

Tanda perayaan jiwa terisi.

 

PANTUN TAHUN BARU CHINA

 

Kuih bakul makanan tradisi,

Dua belas haiwan kalendar cina,

Sampul merah angpau diberi,

Tanda meriah Tahun Baru Cina.

 

PANTUN CERIA KRISMAS

 

Pohon Krismas dihias indah,

Penganut Kristian bersuka ria,

Dua puluh lima disembar disambut meriah,

Tanda Jesus Christ lahir ke dunia.

 

PANTUN HARI GAWAI

 

Juadah tradisi jadi sajian,

Rumah panjang cantik dihiasi,

Ngajat Ranyai kami persembahkan,

Perkara malang minta dijauhi.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan