Jumaat, 9 Oktober 2020

PENGENALAN 🌺🌺





Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana memiliki masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik yang berbeza seperti masyarakat Melayu, Cina, India, orang Asli, bumiputera Sarawak, dan Sabah..Penduduk yang berbilang kaum dan budaya ini telah menyambut pelbagai jenis perayaan sepanjang tahun dalam keadaan yang meriah serta muhibah. Oleh itu, dalam tajuk ini, murid akan diberi pendedahan mengenai  budaya masyarakat yang memfokuskan aspek agama dan kepercayaan, perayaan, kesenian dan kebudayaan. Kesannya, murid dapat memahami kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia yang boleh menyumbang ke arah integrasi nasional di samping memupuk semangat patriotisme dalam diri mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan