Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana memiliki masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik yang berbeza seperti masyarakat Melayu, Cina, India, orang Asli, bumiputera Sarawak, dan Sabah..Penduduk yang berbilang kaum dan budaya ini telah menyambut pelbagai jenis perayaan sepanjang tahun dalam keadaan yang meriah serta muhibah. Oleh itu, dalam tajuk ini, murid akan diberi pendedahan mengenai budaya masyarakat yang memfokuskan aspek agama dan kepercayaan, perayaan, kesenian dan kebudayaan. Kesannya, murid dapat memahami kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia yang boleh menyumbang ke arah integrasi nasional di samping memupuk semangat patriotisme dalam diri mereka.
TEROKAI NEGARA BERSAMA CIKGU ANIS: KITA RAKYAT MALAYSIA
"History repeats itself, first as tragedy, second as farce."
Jumaat, 9 Oktober 2020
PERAYAAN DI MALAYSIA🌈🌏
PERAYAAN DISAMBUT PERPADUAN DIPUPUK
Setiap perayaan di Malaysia akan disambut dengan gembira. Sambutan ini juga turut dimeriahkan oleh kaum-kaum lain. Oleh itu, pada tahun 2020 kerajaan telah memutuskan sebanyak enam perayaan agama dan kepercayaan dijadikan sebagai perayaan utama rakyat Malaysia. Perayaan ini disambut di seluruh negara dan diraikan dengan mengadakan Rumah Terbuka Malaysia. Matlamat utama Rumah Terbuka Malaysia adalah untuk memupuk perpaduan dan mewujudkan suasana harmoni.
PERAYAAN UTAMA DI MALAYSIA
HARI RAYA AIDILFITRI
· Disambut oleh golongan masyarakat yang beragama Islam
· Disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah, setelah anak bulan dapat dilihat di penghujung bulan Ramadhan
· Amalan kunjung-mengunjung dan rumah terbuka merupakan amalan tradisi yang dapat mengeratkan hubungan sesama masyarakat yang berbilang bangsa
· Pelbagai juadah tradisional disediakan seperti ketupat, lemang, nasi himpit, rendang dan sebagainya.
· Selain itu, terdapat juga amalan tradisi yang lain seperti memberi duit raya kepada kanak-kanak dan bermaaf-maafan
TAHUN BARU CINA
· Perayaan ini disambut oleh masyarakat Cina
· Menandakan kedatangan Tahun Baru mengikut kalendar Cina dan terdapat 12 binatang yang menanungi kalendar mereka
· Pakaian tradisi mereka ialah cheongsam atau samfu
· Aktiviti Makan Besar juga diadakan pada malam Tahun Baru bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan
· Pemberian ‘angpao’ juga diberikan kepada keluarga dan sahabat yang belum berkahwin
· Kuih tradisional di Tahun Baru Cina ialah kuih bakul dan limau mandarin
· Tarian singa pula untuk mendapatkan keberkatan
· Manakala penutup bagi Tahun Baru Cina adalah perayaan Cap Goh Mei
HARI DEEPAVALI
· Disambut oleh masyarakat Hindu dan dirayakan pada bulan gelap Aippasi
· Amalan tradisi mereka ialah mandi dengan minyak sebagai tanda menyucikan tubuh
· Memasang pelita (vilakku) di hadapan rumah
· Melukis ‘ranggali’ di hadapan rumah dengan menggunakan beras
· Bersembahyang di kuil dan berkunjung ke rumah keluarga dengan membawa manisan
HARI GAWAI
· Disambut oleh peribumi di Sarawak terutama kaum Iban, Bidayuh dan Orang Ulu
· Merupakan hari menyambut tahun baru yang menandakan telah berakhirnya musim menuai padi dan bermulalah musim menanam padi yang baru
· Mengadakan upacara Ranyai sebagai tanda kesyukuran
· Memakai pakaian tradisional
· Menghidangkan makanan tradisional dan air tuak
· Mengadakan pertandingan seperti Kumang dan Keling iaitu pertandingan perempuan cantik & lelaki perkasa
HARI KRISMAS
· Disambut oleh penganut agama Kristian pada 25 Disember setiap tahun
· Aktiviti yang sering dilakukan ialah menghias pokok krismas dengan lampu berwarna-warni
· Berkumpul bersama ahli keluarga dan saling bertukar hadiah
· Bersembahyang di gereja pada pagi Krismas
HARI TADAU KAAMATAN
· Disambut oleh kaum peribumi di Sabah terutamanya oleh kaum Kadazan Dusun
· Mengadakan upacara “magavau” yang memuja semangat padi iaitu “bambazon” sebagai tanda kesyukuran dan diadakan selepas selesai menuai padi
· Menyediakan makanan tradisional dan air tapai (kinomol)
· Mengadakan Tarian Sumazau dengan memakai pakaian tradisional dan pertandingan “Unduk Ngadau”
TUJUAN PERAYAAN DISAMBUT DI MALAYSIA
1. Disambut untuk mengingati peristiwa-peristiwa tertentu
2. Perayaan yang dirayakan adalah mengikut pegangan agama yang dianuti
3. Mengekalkan tradisi perayaan yang disambut oleh masyarakat terdahulu
MEMBANDINGKAN AMALAN SAMBUTAN PERAYAAN DAHULU & KINI
DAHULU:
· Ucapan raya ditulis pada kad ataupun surat dan dihantar melalui sistem pos semasa perayaan Aidilfitri
· Aktiviti Makan Besar diadakan di rumah pada setiap Tahun Baru Cina
· Ranggali dihasilkan dengan menggunakan tepung semasa perayaan Deepavali
SEKARANG:
· Ucapan dihantar melalui media sosial sewaktu Aidilfitri
· Kebanyakan Makan Besar diadakan di restoran semasa Tahun Baru Cina
· Ranngali dihasilkan dengan menggunakan beras atau hampas kelapa yang berwarna-warni sewaktu Deepavali
KEUNIKAN SAMBUTAN PERAYAAN DI MALAYSIA
· Setiap perayaan disambut oleh semua masyarakat tanpa mengira bangsa, budaya dan agama
· Mengamalkan tradisi pulang ke kampung sewaktu hari perayaan
· Memilih tema baju sedondon dalam kalangan ahli keluarga
· Menyediakan pelbagai juadah tradisional pada pagi perayaan
· Amalan kunjung-mengunjungi dan bermaaf-maafan Bersama ahli keluarga, sanak saudara serta sahabat handai
KEPENTINGAN SAMBUTAN PERAYAAN DALAM KELUARGA
· Menjalinkan hubungan yang erat dan mesra antara kalangan ahli keluarga
· Meningkatkan hubungan dan interaksi sesama ahli terutamanya pada ahli keluarga yang menetap di luar negeri kelahiran
.Mengenali peribadi ahli keluarga dengan lebih mendalam lagi
KEPENTINGAN MENGHORMATI KEPELBAGAIAN SAMBUTAN PERAYAAN
>Mewujudkan hubungan kemasyarakatan yang baik dan erat tanpa mengira kaum agama dan budaya
> Tanda menghormati agama-agama lain yang wujud di negara kita
> Mencerminkan identiti sesebuah kaum tersebut
KEPENTINGAN MENGHARGAI WARISAN PERAYAAN
KESIMPULAN
* kepelbagaian perayaan yang disambut dapat memupuk nilai-nilai murni dan saling menghormati antara satu sama lain
* Mengeratkan perpaduan antara kaum sangat penting kerana merupakan tunjang keamanan negara
MARI BERPANTUN😍😍
PANTUN LEBARAN
Satu syawal detik dinanti,
Tanda kemenangan sebulan berpuasa,
Saling berkunjung maaf-memaafi,
Semoga teguh budaya bangsa.
PANTUN SINAR DEEPAVALI
Pagi Deepavali meminta restu,
Mandi minyak amalan tradisi,
Di laman rumah kolam bersatu,
Tanda perayaan jiwa terisi.
PANTUN TAHUN BARU CHINA
Kuih bakul makanan tradisi,
Dua belas haiwan kalendar cina,
Sampul merah angpau diberi,
Tanda meriah Tahun Baru Cina.
PANTUN CERIA KRISMAS
Pohon Krismas dihias indah,
Penganut Kristian bersuka ria,
Dua puluh lima disembar disambut meriah,
Tanda Jesus Christ lahir ke dunia.
PANTUN HARI GAWAI
Juadah tradisi jadi sajian,
Rumah panjang cantik dihiasi,
Ngajat Ranyai kami persembahkan,
Perkara malang minta dijauhi.